Tahukah anda bahawa aplikasi vle-frog dibolehkan untuk diserapkan dalam RPH dan PdP? Selain menjadikan pembelajaran lebih menarik, ia boleh dijadikan satu nilai tambah kemahiran mengajar seseorang guru terhadap para pelajar terutamanya pada era ICT masa kini. Lagipun para pelajar akan lebih berasa seronok dan dihargai dengan pengajaran terbaik yang guru berikan kepada mereka. untuk pengetahuan anda, pihak kementerian sedang melancarkan konsep PDP abad 21 di sekolah-sekolah. Maksudnya para guru akan mengajarkan pembelajaran yang berasaskan student-centered selaras dengan peredaran zaman moden kini yang banyak meluaskan minda para pelajar. Jadinya para pelajar akan lebih berasa bebas minda untuk belajar mengikut kaedah mereka sendiri tanpa kongkongan kaedah-kaedah mengajar yang lama. Tapi ingat, kaedah-kaedah yang hendak digunakan pelajar mestilah masih bersesuaian dengan kehendak objektif pembelajaran dan tidak lari daripada konsep asal iaitu hendak mendidik. Para pelajar yang dekat dengan vle frog pasti akan berasa lebih seronok belajar dengan syarat kata laluan dan ID mereka lancar untuk digunakan dan tiada sebarang masalah.
Caranya ialah dengan menggunakan apps-apps yang ada dalam 'Quick Launch' pada dashboard masing-masing (akaun guru sahaja). Terdapat beberapa pilihan apps yang boleh digunakan antaranya Quiz, Sites, ataupun Scorm. Mari kita lihat Quiz terlebih dahulu.
QUIZ @
FORMS

Mulakan dengan klik pada 'Quick Launch'. Klik pada 'Sites' dan akan terpapar Tab 'Resource Manager'. Daripada Resource Manager, anda akan melihat 'Quizzes' di panel tab sebelah kiri skrin. Klik dan mulakan pengembaraan anda.
Klik pada 'New Quiz' unuk memulakan kuiz baru. Kuiz ini boleh dikongsikan dengan para pelajar kelas yang dikehendaki melalui 'Group' kelas yang telah ditetapkan melalui data sekolah. Quizzes yang telah dibentuk boleh ditetapkan tarikh akhir (deadline) untuk disiapkan oleh para pelajar.
Untuk entri yang akan datang akan ditunjukkan pembinaan 'Sites' pembelajaran untuk tujuan latihan dan penerangan terhadap para pelajar. Begitu juga dengan Widget SCORM yang akan dimuatnaik pada masa akan datang sebab cikgu frog tengah sibuk sekarang berkursus.
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment